Thursday 5 May 2011

InfoHerba

TONGKAT ALI

Nama Botani:

Eurycoma longifolia Jack


Nama lain:

Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat  semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.


Famili:

Simaroubaceae


Pengenalan:

Tongkat ali didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain. Persediaan produk daripada tongkat ali meliputi 30% daripada nilai perdagangan herba tempatan yang bernilai RM30–40 juta. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat  20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut  pusingan jam  atau melawan  pusingan  pada paksi batang.


Khasiat dan Kegunaan:

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang. Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


PIPER CUBEBA (Java Pepper)

Buku Hikayat Seribu Satu Malam, telah menyebut Piper Cubeba sebagai bahan utama didalam pembikinan ubat perangsang bagi mereka yang kurang subur.

Campuran Piper Cubeba telah diberikan kepada Shams-al-Din, seorang pedagang kaya yang tidak mempunyai anak dengan arahan supaya memakannya dua jam sebelum bersama dengan isterinya. Mengikut hikayat tersebut, pedagang itu berjaya mendapat anak setelah ia mengikut arahan yang diberikan.



Penulis Arab yang lain ada menulis bahawa Piper Cubeba akan membuatkan nafas berbau wangi, menyembuh jangkitan kuman pada pundi kencing dan memakannya akan “menambah kenikmatan ketika mengadakan hubungan intim”.

Buku Hikayat Seribu Satu Malam, yang dikarang pada kurun ke9 ada menyebut Piper Cubeba digunakan sebagai penawar kepada ketidaksuburan, ini menunjukan bahawa ianya telah digunakan oleh orang-orang Arab sebagai bahan perubatan.

Di India, tulisan Sanskrit ada menyebut tentang Piper Cubeba didalam pelbagai jenis perubatan. Charaka dan Sushruta menggalak pengunaan Cubeba sebagai pencuci mulut dan pengunaan Cubeba untuk kesihatan mulut dan gigi, kehilangan suara, demam dan batuk-batuk. 



Ahli perubatan Unani pula mengunakan paste Cubeba untuk disapu pada alat sulit lelaki dan wanita untuk menambahkan kelazatan semasa membuat hubungan. Disebabkan oleh khasiat-khasiat yang terdapat didalam Piper Cubeba ini maka ianya juga digelar sebagai “Habb-ul-Uruus”.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.